Bahagian A
Saniah Bte Rosli
Blok 234,Jalan Kembangan
#02-333
Singapura 567234
7 Oktober 2004
Menemui abangku yang jauh di rantau.
Assalamualaikum,
Apa khabar abang di sana?Saya disini sihat belaka.Tetapi saya terasa sangat bosan di sini semasa cuti sekolah yang dilanjutkan sebagai usaha untuk mengekang penularan kes Sindrom Sesak Nafas Mendadak.(SARS).Ibu dan ayah selalu pulang lewat kerana kerja lebih dari masa yang ditetapkan.Jadi saya menggunakan masa ini untuk mungulangkaji pelajaran yang saya tidak faham.Walaupun kakak selalu di rumah dia jarang keluar dari biliknya.Dia sering menangis sejak suaminya meninggal dunia dua bulan yang lalu.Saya sudah memujuknya tetapi gagal untuk membuatnya eria seperti dahulu.Saya harap jika abang ada telefon rumah,abang juga akan menolongnya untuk meneruskan hidup seperti dahulu.
Saya telah lulus dalam semua pelajaran kerana saya mengulangkaji pelajaran setiap hari.Saya sudah lebih memahami betapa pentingnya pelajaran.Saya mahu menjadi macam abang dan belajar di negeri yang lain.Saya mahu menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.
Yang benar,
Saniah
Bahagian B
Aiman berdiri berdekatan dengan jendela biliknya.Dia berasa sungguh sedih dan tanpa disedari air matanya mengalir membasahi kedua-dua pipinya.Rupa-rupanya abang kesayangannya telah pergi meninggalkannya selama-lamanya.Abangnya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Motor abangnya dihempap oleh lori.Pemandu lori yang sedang mabuk itu telah melanggar motor abangnya.Abangnya meninggal kerana tertumpah darah yang banyak.
Aiman tidak dapat menerima kenyataan itu.Dia akan menanggis setiap hari.Dia sudah tidak mahu makan,minum,mandi dan ke sekolah lagi kerana setiap pagi abangnya yang akan menghantarnya ke sekolah dan abangnya yang selalu menggalakannya untuk belajar dan lulus kesemua pelajarannya.Abangnya tidak mahu dia menjadi sepertinya.Aiman akan sering naik marah pada perkara yang kecil seperti tidak menutupi pintunya selepas memasuki biliknya.Ibunya berasa bimbang pada Aiman.Dia seperti kehilangan akalnya.Dia sudah berubah enjadi budak yang seleker daripada udak yang kemas.Sekarang Aiman telah bercampur dengan gangster di bawah bloknya.
Dia hendak menjadi seperti abangnya.Dia akan pulang ke rumah pada lewat malam.Dia pun sekarang sudah ada tatu di tangan kanannya.Dia akan memukul budak yang lebih kecil daripadanya dan selalu mengambil bahagian dalam rusuhan bersama gengnya.
Pada suatu hari,dia ke tempat yang sunyi untuk bergaduh.Dengan dia adalah parang yang akan digunakan untuk berlawan.Apa musuhnya tiba,dia terus menyerang dan terbunuh seseorang.Apabila kedengaran siren mereka semua cabut untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.Tetapi kaki Aiman tersangkut dan dia ditangkap.Dia di jatuhkan hukuman mati di mahkamah kerana didapati bersalah.Sekarang baru dia menyesal atas perbuatannya itu.Dia sepatutnya meneruskan hidup seperti dahulu kerana yang sudah mati tidak boleh datang balik.