<< March 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Oct 7, 2005
Holoday Assignment

Bahagian A

Saniah Bte Rosli
Blok 234,Jalan Kembangan
#02-333
Singapura 567234

7 Oktober 2004

Menemui abangku yang jauh di rantau.

Assalamualaikum,
Apa khabar abang di sana?Saya disini sihat belaka.Tetapi saya terasa sangat bosan di sini semasa cuti sekolah yang dilanjutkan sebagai usaha untuk mengekang penularan kes Sindrom Sesak Nafas Mendadak.(SARS).Ibu dan ayah selalu pulang lewat kerana kerja lebih dari masa yang ditetapkan.Jadi saya menggunakan masa ini untuk mungulangkaji pelajaran yang saya tidak faham.Walaupun kakak selalu di rumah dia jarang keluar dari biliknya.Dia sering menangis sejak suaminya meninggal dunia dua bulan yang lalu.Saya sudah memujuknya tetapi gagal untuk membuatnya eria seperti dahulu.Saya harap jika abang ada telefon rumah,abang juga akan menolongnya untuk meneruskan hidup seperti dahulu.

Saya telah lulus dalam semua pelajaran kerana saya mengulangkaji pelajaran setiap hari.Saya sudah lebih memahami betapa pentingnya pelajaran.Saya mahu menjadi macam abang dan belajar di negeri yang lain.Saya mahu menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Yang benar,
Saniah



Bahagian B
Aiman berdiri berdekatan dengan jendela biliknya.Dia berasa sungguh sedih dan tanpa disedari air matanya mengalir membasahi kedua-dua pipinya.Rupa-rupanya abang kesayangannya telah pergi meninggalkannya selama-lamanya.Abangnya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Motor abangnya dihempap oleh lori.Pemandu lori yang sedang mabuk itu telah melanggar motor abangnya.Abangnya meninggal kerana tertumpah darah yang banyak.

Aiman tidak dapat menerima kenyataan itu.Dia akan menanggis setiap hari.Dia sudah tidak mahu makan,minum,mandi dan ke sekolah lagi kerana setiap pagi abangnya yang akan menghantarnya ke sekolah dan abangnya yang selalu menggalakannya untuk belajar dan lulus kesemua pelajarannya.Abangnya tidak mahu dia menjadi sepertinya.Aiman akan sering naik marah pada perkara yang kecil seperti tidak menutupi pintunya selepas memasuki biliknya.Ibunya berasa bimbang pada Aiman.Dia seperti kehilangan akalnya.Dia sudah berubah enjadi budak yang seleker daripada udak yang kemas.Sekarang Aiman telah bercampur dengan gangster di bawah bloknya.

Dia hendak menjadi seperti abangnya.Dia akan pulang ke rumah pada lewat malam.Dia pun sekarang sudah ada tatu di tangan kanannya.Dia akan memukul budak yang lebih kecil daripadanya dan selalu mengambil bahagian dalam rusuhan bersama gengnya.

Pada suatu hari,dia ke tempat yang sunyi untuk bergaduh.Dengan dia adalah parang yang akan digunakan untuk berlawan.Apa musuhnya tiba,dia terus menyerang dan terbunuh seseorang.Apabila kedengaran siren mereka semua cabut untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.Tetapi kaki Aiman tersangkut dan dia ditangkap.Dia di jatuhkan hukuman mati di mahkamah kerana didapati bersalah.Sekarang baru dia menyesal atas perbuatannya itu.Dia sepatutnya meneruskan hidup seperti dahulu kerana yang sudah mati tidak boleh datang balik.

 






Posted at 07:59 am by Adilah13
Comments (2)  

Aug 25, 2005
Sesi mengambil gambar

Hari ini kelas saya disuruh mengambil gambar.Saya dan teman-teman saya berasa sangat ghairah kerana kami diberitahu beberapa hari sebelum gambar kami diambil tidak seperti tahun lepas.Gambar kami diambil secara tiba-tiba.Kami tidak diberi masa untuk bersiap sedia untuk gambar kami diambil.Kami harus mengambil pada saat itu juga.Tiada masa diberi untuk ke tandas.Saya berasa sesi mengambil gambar kelas lebih baik daripada tahun lepas.Saya dan teman ke hall untuk menyaksikan persembahan-persembahan yang akan di perform pada hari guru.Saya rasa persembahan-persembahan itu menarik.

Posted at 07:36 pm by Adilah13
Make a comment  

Aug 24, 2005
pantun

Negara Singapura indah sekali,
Semua bangsa bersatu hati,
Kehidupan kami cerah disini,
Marilah datang membawa diri.


Singapura cantik bagai permata
Senang dilihat indah di mata
Kami harap kamu datang
Ke singapura tahun yang menjelang.

Posted at 11:36 am by Adilah13
Make a comment  

Jul 22, 2005
ISI


ISI 1:

Pakain melayu ada berbagai jenis.Ada baju kurung,baju kebaya,baju kebaya moden,baju vietnam,songket,jubah dan yang lain-lain lagi.Tetapi mengapakah remaja-remaja sekarang tidak memakai baju tradisional walaupun ada baju kebaya moden.Remaja-remaja sekarang kebanyakan berkata bahawa memakai baju tradisional tidak moden tetapi tidak kah mereka tahu bahawa baju kebaya moden juga moden??Pada pandangan saya,kebanyakan orang memakai baju tradisional pada hari-hari istimewa sahaja seperti hari perkahwinan,kenduri dan tidak lupa hari raya.


ISI 2:
Ada beberapa perubahan yang berlaku kepada pakaian Melayu hari ini. Beberapa contoh ialah baju Vietnam, Cheongsam dan Kebaya moden. Baju Vietnam asalnya dari Vietnam tetapi apabila digabung dengan baju kurung ia menjadi Baju Vietnam versi melayu. Cheongsam pula direka oleh kaum Cina tetapi terkenal di kaum Melayu. Kebaya asli pula diubah oleh kaum Melayu menjadikan lebih cantik dan dinamakan kebaya moden.

ISI 3:
Pakaian seperti ini selalu dipakai pada hari-hari istimewa seperti yang disebutkan tadi. Sebahagian daripada kami juga memakai baju tradisional lain seperti sari daripada India, Cheongsam atau blaus. 

ISI 4:
Beberapa cara untuk mengekalkan pakaian Melayu dalam masyarakat kita ialah dengan mereka-bentuk pakaian itu menjadikan lebih moden dan cantik. Ringkas dan mudah dipakai. Kami kaum remaja juga harus memakai pakaian tradisional untuk mengekalkan pakaian Melayu.





Posted at 07:36 am by Adilah13
Make a comment  

Jul 21, 2005
Hari Keharmonian Kaum

Hari Keharmonian Kaum pada tahun ini tidak sebegitu menarik seperti tahun lalu.Saya tidak suka sangat hari keharmonian kaum pada tahun ini kerana persembahan  tidak dipersembahkan di atas pentas seperti tahun yang lalu.Walaupun pada tahun ini ada banyak event, tetapi tidak kesemua murid dapat melihat persembahan yang dipersembahkan pada waktu rehat.Kami juga tidak dibenarkan memakai baju tradisional.Saya rasa mr vasu sangat serious.Dia juga tidak membenarkan memakai baju rumah pada hari belia tidak seperti tahun yang lalu. 

Posted at 07:41 pm by Adilah13
Make a comment  

Pengenalan

Pengenalan

Kamu diundang untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk " Pakaian Tradisional dalam kalangan Masyarakat Melayu Hari ini" oleh majalah remaja Khazanah Kita. Dalam artikel itu, kamu diminta menerangkan perkara-perkara yang berikut:
= jenis-jenis pakaian Melayu
= perubahan-perubahan yang berlaku pada pakaian Melayu hari ini
= majlis-majlis pakaian Melayu dipakai
= beberapa cara untuk mengekalkan pakaian Melayu dalam masyarakat kita.

Pengenalan

Pakaian tradisional ialah sesuatu yang harus kami banggakan. Wajarkah kami memakai baju tradisional untuk pakaian seharian? Mengapakah remaja sekarang tidak selalu memakai baju tradisional? Mengapakah cuma golongan-golongan orang tua yang memakainya? Kebanyakkan orang pula memakai baju tradisional untuk hari istimewa sahaja. Seperti hari perkhawinan, kenduri atau hari raya. Ramai tertanya-tanya. Mengapakah ini terjadi? Mengapakah ada banyak perubahan yang berlaku kepada pakaian Melayu hari ini? Mari kami bincangkan.
 


Posted at 07:12 pm by Adilah13
Make a comment  

Jul 18, 2005
Unit 11:Perbincangan



Jenis pakaian- Baju Kebaya Moden
Kami memilih pakaian ini kerena ia anggun dan ia sangat sesuai untuk Majlis Perasmian Bulan Budaya Melayu.
Untuk wanita yang memakai tudung, pakaian di sebelah kanan sesuai untuk majlis ini. Untuk kaum lelaki pula, pakaian itu memang sesuai untuknya kerana menutup aurat.



Posted at 07:22 pm by Adilah13
Make a comment  

Bersih dan Indah-Latihan Kosa Kata

1. Penghargaan- anugerah
2. Inisiatif- membuat sesuatu tanpa disuruh
3. Diheboh-hebohkan- membesarkan sesuatu perkara
4. Menduga- Sedih
5. Membara- membesar
6. Tersirat- tersimpan
7. Imej- nama



Posted at 07:17 pm by Adilah13
Make a comment  

Karangan Deskriptif

Unit 11:Pakaian Melayu
Latihan Menulis Karangan Deskriptif

Soalan:Kamu diundang untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk 'Pakian Tradisional dalam kalangan Masyarakat Melayu Hari Ini' oleh remaja Khazanah Kita.Dalam artikel itu,kamu diminta menerangkan perkara-perkara berikut:
-jenis-jenis pakaian melayu
-perubahan-perubahan yang berlaku pada pakaian melayu hari ini
-majlis-majlis pakaian melayu dipakai
-beberapa cara untuk mengekalkan pakaian melayu dalam masyarakat kita


Pengenalan: Pakaian melayu ialah sesuatu perkara yang harus kami dibanggakan. Mengapakah remaja kini tidak selalu memakai baju tradisional melayu? Mengapakah golongan-golongan orang tua yang memakai baju tradisional? Itu pun tidak semua golongan orang tua. Sebahagian sahaja yang masih berpakaian baju tradisional melayu.

Isi 1: Pakaian melayu ada berbagai jenis. Ada baju kurung, baju kebaya, Baju kebaya moden, baju Vietnam, songket, jubah dan beberapa lagi. Tetapi mengapakah kami tidak selalu memakai baju-baju ini kecuali hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan, kenduri dan juga hari raya.

Isi 2: Ada beberapa perubahan yang berlaku kepada pakaian Melayu hari ini. Beberapa contoh ialah baju Vietnam, Cheongsam dan Kebaya moden. Baju Vietnam asalnya dari Vietnam tetapi apabila digabung dengan baju kurung ia menjadi Baju Vietnam versi melayu. Cheongsam pula direka oleh kaum Cina tetapi terkenal di kaum Melayu. Kebaya asli pula diubah oleh kaum Melayu menjadikan lebih cantik dan dinamakan kebaya moden.

Isi 3: Pakaian seperti ini selalu dipakai pada hari-hari istimewa seperti yang disebutkan tadi. Sebahagian daripada kami juga memakai baju tradisional lain seperti sari daripada India, Cheongsam atau blaus. 

Isi 4: Beberapa cara untuk mengekalkan pakaian Melayu dalam masyarakat kita ialah dengan mereka-bentuk pakaian itu menjadikan lebih moden dan cantik. Ringkas dan mudah dipakai. Kami kaum remaja juga harus memakai pakaian tradisional untuk mengekalkan pakaian Melayu.

Penutup: Kami harus memperkenalkan baju-baju tradisional kepada kaum-kaum remaja lain supaya ia akan terus kekal di dalam masyarakat kami.
  

Posted at 10:26 am by Adilah13
Make a comment  

Jul 8, 2005
4x100m relay

Saya dan kawan-kawan saya dimasukkan dalam pertandingan 4x1oom relay.Saya rasa sangat takut kerana harus bertanding dengan sekolah-sekolah lain seperti Cedar,Raffles dan lain-lain lagi.Walaupun kami bertanding dengan sekolah lain yang lebih bagus daripada kami,kami dapat tempat keenam untuk keseluruh yang berlari iaitu dalam 25 sekolah yang lain.

Posted at 11:32 am by Adilah13
Make a comment  

Next Page